PETALING JAYA: Kerajaan mampu berjimat hingga RM4.9 juta sebulan atau RM58.9 juta setahun jika 16,364 unit kuarters guru terbiar di seluruh negara didiami warga pendidik baharu. Ia berdasarkan pengiraan guru-guru yang mula berkhidmat pada gred DG41 akan dibayar imbuhan tetap perumahan (ITP) RM300 sebelum menerima RM400 pada gred DG44 dan RM550 untuk gred DG48. Sehubungan itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa Kementerian Pendidikan segera membaiki lebih 16,000 kuarters guru yang pernah dilaporkan terbiar dan menyewakannya kepada kakitangan awam yang lain. Setiausaha Agungnya, Abdul Rahman Mohd. Nordin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya