Aspirasi Keluarga Malaysia di Pasir Salak, kenduri rakyat untuk PM - Utusan Malaysia

Aspirasi Keluarga Malaysia di Pasir Salak, kenduri rakyat untuk PM

arahan
TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Buat kali pertama, Pasir Salak menjadi tuan rumah jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di mana programnya bermula hari ini sehingga Ahad yang akan disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hujung minggu ini.

Menurut Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, pemilihan lokasi penganjuran itu sudah cukup memberi gambaran betapa uniknya Pasir Salak berbanding lokasi lain yang memilih ibu negeri sebagai pilihan.

“AKM diadakan di lokasi yang cukup menarik di mana JWW Birch dibunuh di Sungai Perak. Selalunya orang dengar cerita sahaja, Pasir Salak, Datuk Maharajalela, tetapi, kali ini, anda sendiri harus datang untuk melihat bagaimana Pasir Salak ini di mana bermulanya kebangkitan perjuangan orang Melayu.

“Jadikan Ia sebagai sumber rujukan dan bukan jadi pelancong semata-mata,” katanya.

Acara selama tiga hari itu akan berlangsung di Litar Dato Sagor.

Selain karnival kerjaya dan program keusahawanan yang menjadi intipati program tersebut, Perdana Menteri turut dijadualkan menghadiri majlis itu pada hari terakhir dan akan menjadi tetamu kehormat pada ‘kenduri rakyat’ yang dianjurkan Tajuddin.

“Saya sebagai Ahli Parlimen Pasir Salak akan menganjurkan kenduri rakyat Keluarga Malaysia pada masa Perdana Menteri tiba.

“Di hari terakhir, Ahad ada kenduri rakyat. Saya sediakan 10 ekor lembu sembelih. Kita ada cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM100,000,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya