Artis tetap percaya pada pengurus walau ramai menyampah - Utusan Malaysia

Artis tetap percaya pada pengurus walau ramai menyampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bukan sekali dua Cik Bunga dengar cerita mengenai seorang pengurus artis ini. Dah banyak kali. Ada yang beritahu, susah betul bila nak berurusan dengan seorang pelakon dan pengacara popular di bawah jagaannya. Sudah naik menyampah dah orang nak deal dengan dia.

Kalau dengan artis itu sendiri, mudah sebenarnya. Dia pun jenis yang okey dan sporting. Cuma, setiap kali nak berurusan mesti si pengurus itu akan masuk campur juga hujung-hujung cerita.

Bukanlah hendak mempertikai tugas dia sebagai pengurus, tapi kalau asyik menyusahkan orang, tak nak ikut deadline orang, tidakkah itu memberi tekanan pada pihak yang hendak bekerjasama itu?

Lebih-lebih lagi kalau berurusan dengan stesen televisyen.

Pernah juga Cik Bunga dengar, kawan belakang tabir di sebuah stesen televisyen ini, mengeluh sampai menggaru kepala sebab geram berurusan dengan si pengurus artis ini.

“Inilah yang aku malas nak berurusan dengan orang tua!” kata dia. Tapi Cik Bunga percaya, bukan soal tua itu yang ditekankan olehnya. Tapi cara berfikir dan gaya orang yang masih berada di takuk lama itu yang dipersoalkan.

Iyalah wak, zaman sekarang nak laju. Orang lain dah ke depan, tak akanlah kita nak ikut cara lama? Ketinggalan nanti. Lepas itu, kalau orang kerja ada deadline, ikutlah juga waktu orang. Tak akan awak rasa artis awak popular maka orang tak ada pilihan maka boleh tunggu.Umpama ‘you nak you tunggulah’ begitu? Tak bolehlah begitu wahai insan…Ha, jangan bagi Cik Bunga mula menyanyi.

Terus hujan nanti. Apa pun, Cik Bunga harap pengurus artis itu boleh ubah cara dia untuk memudahkan urusan kerja orang lain. Peganglah pada kata nasihat, kalau kita mudahkan urusan orang, Allah SWT akan mudahkan juga urusan kita.

Cuma satu benda saja Cik Bunga pelik di sini, bukannya si artis itu tak tahu orang sekeliling dalam industri ini bercakap pasal pengurus dia.Tapi dia tetap percaya pada wanita itu. Dia macam tak boleh berbuat apa-apa. Mengikut saja. Dah kenapa?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya