Anggota polis URB parah dihimpit kenderaan penyeludup diesel - Utusan Malaysia

Anggota polis URB parah dihimpit kenderaan penyeludup diesel

ORANG ramai membantu anggota polis yang cedera parah ketika mengejar sebuah kenderaan di Jalan Kulim-Serdang di Kulim, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) cedera parah selepas terbabas ketika cuba menahan sebuah kereta pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Kulim-Serdang berhampiran pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kulim, hari ini.

Dalam kejadian pukul 9.15 pagi tadi, anggota berusia 31 tahun berpangkat koperal dari Balai Polis Hi-Tech Kulim mengalami kecederaan di kepala dan kini dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, anggota polis masih dirawat dan  belum sedar.

Menurut beliau, kejadian berlaku ketika anggota terbabit bersama rakannya cuba menahan sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Frontier dipandu seorang lelaki yang cuba mengelak untuk pemeriksaan.

“Ketika hendak ditahan, suspek terus melarikan diri dengan kenderaannya dan ketika anggota itu mengejar suspek yang berusia 40-an dia dihimpit sehingga terbabas.

“Bagaimanapun, suspek yang telah melarikan diri telah berjaya ditangkap di Butterworth, Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil soal siasat ke atas suspek  yang berasal dari Sungai Petani mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah selain positif dadah jenis ganja.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek juga mendapati ia telah diubahsuai dengan meletakkan tangki minyak tambahan di bahagian belakang. Kita percayai suspek terlibat dalam kegiatan penyeludupan minyak diesel,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya