Anak perantau kembali semula ke ibu kota hari ini

Anak perantau kembali semula ke ibu kota hari ini

ALIRAN trafik kembali menjadi perlahan apabila perantau mula pulang ke destani masing-masing di jalan Kuala Krai-Gua Musang, Kelantan hari ini. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG:  Golongan anak perantau yang sebelum ini pulang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halaman masing-masing dilihat sudah mula bergerak untuk kembali ibu kota.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati,  jalan Kuala Krai-Gua Musang-Kuala Lipis mulai sesak sejak awal pagi sehinggalah petang ini dan situasi itu dijangka akan berterusan sehingga lewat malam.

Seorang pengguna jalan raya, Ahmad Baihaki Mazlan, 24, berkata, aliran trafik mulai perlahan sebaik sahaja memasuki kawasan bandar Kuala Krai menuju ke Gua Musang. 

Menurutnya, kebanyakan mereka perantau memilih untuk pulang awal ke ibu kota disebabkan tempoh cuti yang agak singkat berbanding Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Saya bertolak dari Kota Bharu pada pukul 11 pagi ini untuk pulang ke Bangi, Selangor. Bilangan kenderaan semakin bertamba  menyebabkan saya tiba di bandar Gua Musang pada pukul 3.30 petang,” katanya.

Seorang lagi perantau, Rosmawati Abdullah, 43, berkata, kesesakan jalan raya sudah menjadi asam garam buatnya setiap kali tibanya musim perayaan.

Katanya, sebagai langkah awal dia mengambil keputusan memulakan perjalanan dengan bertolak pada awal pagi bagi mengelak kesesakan.

“Kita dah biasa dengan kesesakan jalan raya setiap tahun. Kita tempuh saja, asalkan dapat pulang beraya bersama keluarga. Alhamdulillah, selepas dua tahun tidak dapat merasa suasana Hari Raya Aidiladha di kampung akibat pandemik Covid-19,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya