Along salah rumah simbah cat merah - Utusan Malaysia

Along salah rumah simbah cat merah

CHOO Ken Hwa melawat rumah mangsa yang disimbah cat merah dipercayai dilakukan oleh along dalam kejadian di Rumah Rakyat Kuala Lukut, Port Dickson hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang wanita terkejut apabila rumahnya disimbah dengan cat berwarna merah disyaki dilakukan oleh pemberi pinjaman wang secara haram (along) dalam kejadian di Rumah Rakyat Kuala Lukut di sini pagi tadi.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul Aisyah, 39, berkata, kejadian disedari pada pukul 7 pagi ketika dia mahu keluar ke tempat kerja.

“Sebaik sahaja membuka pintu, saya terkejut melihat kawasan depan rumah dipenuhi cat merah dipercayai dilakukan along selepas mengesyaki saya tidak membayar wang yang dipinjam dari syarikat mereka.

“Saya trauma dengan kejadian ini kerana saya tidak pernah meminjam wang dari sesiapa termasuk along dan percaya mereka tersalah rumah,” katanya ketika ditemui di Rumah Rakyat Kuala Lukut di sini hari ini.

Nurul Aisyah berkata, dia berharap pihak along yang bertanggungjawab dapat membayar kos membaiki pulih kerosakan yang mereka lakukan.

“Kawasan perumahan di sini banyak nombor rumah sama tetapi lain nombor jalan, mungkin mereka salah rumah. Laporan polis sudah dibuat, ini rumah saya sendiri bila sudah disimbah cat merah ini susah hendak bersihkan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa berkata, pihaknya kesal dengan kejadian tersebut kerana ia telah menyusahkan orang yang tidak bersalah.

“Along jangan sampai bertindak menyalahi undang-undang dan membelakangkan pihak polis. Saya harap sebarang tuntutan hutang perlu dibuat mengikut undang-undang sedia ada,” katanya yang turut turun padang melawat rumah mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya