Alami keguguran kali kedua, Rafidah Ibrahim percaya ada hikmah

Alami keguguran kali kedua, Rafidah Ibrahim percaya ada hikmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim, mengakui ada kalanya dia sedih mengenangkan ujian keguguran kali kedua, baru-baru ini.

Rafidah bagaimanapun menyifatkan rasa sedih yang berlebihan tidak bagus dan percaya ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

“Ramai yang kata saya kuat dan tabah. Saya tetap manusia biasa yang ada perasaan sedih saat kehilangan.

“Tetapi sedih yang berlebihan pun tidak bagus. Itu pentingnya kita mendekatkan diri dengan agama kerana Islam itu menenangkan dan setiap jawapan dalam kehidupan ada di situ.

“Kita tidak berdaya apa pun di atas muka bumi ini selain daripada Dia,” katanya di Instastory.

Mengulas lanjut, Rafidah tidak menafikan sabar merupakan ibadah yang amat menyakitkan namun dia sentiasa bersangka baik dengan-Nya meskipun saat ditimpa ujian yang berat.

Dalam pada itu, dia dan suami berusaha untuk reda dan menerima dengan hati terbuka atas kehilangan cahaya matanya.

“Sabar juga merupakan ibadah, dan itu ibadah yang amat menyakitkan. Kita sebagai umat Islam sentiasa
berpegang pada rukun Iman yang kelima, percaya pada qada’ dan qadar.

“Haram sifat zalim pada Allah. Jadi sentiasa bersangka baik pada setiap perkara yang berlaku. Allah sebaik baik wakil.

“Dalam dunia fitnah, saya terfikir, belum tentu saya dapat menjaga anak itu sebaik sekarang di mana Allah menjaga dia. Saya dan suami selalu mengingatkan satu sama lain.. Abdullah dah mula mendoakan
kita dan menunggu kita di sana,” tulisnya panjang.

Sekadar informasi, Rafidah berkahwin dengan bekas pengurusnya, Shahzemir Shahzulkarib, 37, pada 5 Mei 2021 selepas lebih 10 tahun berkenalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya