Aidiladha: 2,435 ekor ternakan disembelih di Negeri Sembilan 

Aidiladha: 2,435 ekor ternakan disembelih di Negeri Sembilan 

SEBANYAK 2,215 ekor lembu akan disembelih di Negeri Sembilan tahun ini sempena Hari Raya Aidiladha. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN:  Sebanyak 2,435 ekor haiwan ternakan disembelih di negeri ini bagi ibadat korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Datuk Mohd. Zaidi Ramli berkata, jumlah berkenaan hasil 553 permohonan korban yang diterima dan diluluskan pihaknya menerusi sistem eQurb@NS.

Katanya, daripada jumlah haiwan sembelihan tersebut, sebanyak 2,215 ekor adalah lembu, kambing sebanyak 119 ekor dan kerbau sebanyak 101 ekor.

“Jumlah ternakan korban tertinggi tahun ini adalah dari daerah ini, iaitu sebanyak 910 ekor diikuti Kuala Pilah sebanyak 386 ekor. Seremban juga mencatatkan permohonan melaksanakan korban paling banyak iaitu sebanyak 146 pemohon.

“Tahun ini melibatkan sebanyak 613 tempat sembelihan melibatkan 242 tempat persendirian iaitu di kawasan pekarangan rumah manakala 173 permohonan di masjid dan 131 di surau.

“Terdapat juga 34 lokasi sembelihan di tempat awam seperti tanah lapang atau padang-padang di taman-taman perumahan yang mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) selain 33 permohonan di rumah sembelihan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zaidi, daripada 613 tempat sembelihan itu, sebanyak 409 menggunakan kaedah agihan daging menerusi serahan rumah ke rumah selain kaedah kaunter agihan dan kaunter pandu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya