Afdlin Shauki, isteri sah bercerai - Utusan Malaysia

Afdlin Shauki, isteri sah bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perkahwinan 25 tahun Datuk Afdlin Shauki ternoktah selepas pelakon dan pengarah itu memutuskan untuk bercerai pada April lalu.

Perkara itu didedahkan bekas isteri, Maria Christina Orow menerusi Instagramnya, semalam.

Dalam perkongsian itu, Maria memaklumkan keputusan itu dibuat selepas hubungan rumah tangga mereka berdepan masalah sejak negara dilanda pandemik Covid-19 yang lalu.

“Kehidupan membesarkan anak-anak, keluarga termasuk kerjasama untuk syarikat, kami mula membuat keputusan secara individu yang memberi kesan kepada hubungan ini.

“Ketika tempoh pandemik sebelum ini, hidup kami mula berubah. Kami cuba pulihkan keadaan namun ia tidak berlaku apabila tiada lagi persefahaman antara kedua-dua pihak,” katanya.

Pada masa yang sama, kata Maria, dia dan Afdlin akan terus memberi sokongan kepada satu sama lain dan mengutamakan tanggungjawab terhadap tiga anak meskipun sudah tidak bergelar suami isteri.

“Kami bersepakat perpisahan ini tidak akan merosakkan hubungan kami, tetapi tetap meneruskan kehidupan.

“Afdlin akan terus menyokong saya sebagai sahabat dan saya juga akan lakukan perkara sama,” ujarnya.

Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada tahun 1997. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaiti Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya