IPOH: Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong setelah didapati bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia, tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman terhadap Choo Kiong selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam mewakili tertuduh, Datuk Rajpal Singh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin selain dokumen perjalanan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah. – UTUSAN
Berita berkaitan: