'Abdul Hadi dakwa PH bohong, tapi sepentas dengan individu bertanggungjawab tulis manifesto PH'

‘Abdul Hadi dakwa PH bohong, tapi sepentas dengan individu bertanggungjawab tulis manifesto’

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi (UMNO), Isham Jalil menyindir tindakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang lantang mengkritik parti di luar Perikatan Nasional (PN).

Beliau menyifatkan, tindakan Abdul Hadi yang menyifatkan Pakatan Harapan (PH) berbohong dan tidak menunaikan janji adalah suatu yang tidak boleh diterima kerana parti utama PN iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanggungjawab dalam penulisan manifesto itu. 

“Pengerusi PN sekarang iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin itulah adalah antara orang yang bertanggungjawab terhadap manifesto PH semasa Pilihan Raya Umum (PRU-14). Orang yang bohong manifesto itu ada sekali atas pentas dengan tuan guru,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam. 

MUHYIDDIN YASSIN

Beliau berkata demikian merujuk intipati ucapan Abdul Hadi pada pelancaran PN di Terengganu, semalam. 

Dalam pada itu, Isham juga menyifatkan Abdul Hadi berbohong apabila menyatakan PN berjaya mengatasi masalah ekonomi. 

Malah, katanya, ini kerana kerajaan sudah gagal apabila PN memerintah selama 17 bulan sebelum ini. 

“PN buat lockdown terpanjang di dunia, hutang negara bertambah, pelabur lari ke negara lain, 800,000 orang tiada kerja, rakyat angkat bendera putih akibat masalah ekonomi dan kesengsaraan hidup, ramai orang bunuh diri, dan Muhyiddin terpaksa letak jawatan. 

“Kalau dia dan PN berjaya atasi masalah ekonomi, rakyat tidak panggil PN kerajaan gagal dan suruh dia letak jawatan,” katanya. 

ISHAM JALIL

Isham menambah, Abdul Hadi perlu menerima hakikat bahawa PN juga merupakan parti yang penuh dengan individu yang melompat serta gila kuasa. 

“Yang ramai lompat parti untuk jawatan dan berebut kuasa dan yang baru-baru ini tuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri itu PN lah. 

“Tetapi apabila diberi kuasa dan amanah, mereka buat kerosakan dan ranapkan ekonomi negara,” jelasnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya