Sembilan kawasan di Kedah diramal hujan lebat hari ini

Sembilan kawasan di Kedah diramal hujan lebat hari ini

hujan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak sembilan tempat di negeri Kedah dan beberapa kawasan di negeri lain diramal hujan lebat berterusan hampir tiga jam, sehingga pukul 4 petang ini. 

Ia susulan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang; Perak (Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak) sehingga 4 petang. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin); Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat) sehingga 3 petang,” menurut laman Facebooknya, hari ini. 

Jelas Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya