BAGAN SERAI: Selain menjadi nelayan pantai, warga asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sini dikesan menjalankan aktiviti menebang kayu bakau untuk dibuat tiang ampai iaitu kayu yang dipacak di laut sebagai tempat mengikat bot. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang nelayan tempatan yang enggan dikenali berkata, PATI dan warga asing yang menjalankan kegiatan itu dipercayai warga Indonesia manakala kegiatan nelayan pantai pula dijalankan oleh PATI dari Myanmar. Katanya, mereka mempunyai majikan dalam sektor hasil laut serta ternakan ikan dan menjalankan kegiatan menebang pokok atas arah majikan di tempat mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya