Saya dah bersedia untuk move on – Siti Saleha - Utusan Malaysia

Saya dah bersedia untuk move on – Siti Saleha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENGGEMPARKAN dunia hiburan dengan pengumuman perceraiannya dengan bekas suami sebelum ini, pelakon, Siti Saleha, juga sama seperti orang lain, tetap tidak pernah berhenti berharap untuk meraih kebahagiaan buat diri sendiri.

Walaupun episod hitam itu sudah berlalu tujuh bulan lalu, Saleha mengaku sebolehnya kini dia mahu mencipta ruang bahagia buat diri walau tanpa kehadiran seorang lelaki bergelar suami.

Pun begitu, bahagia dirinya kini bukan bermaksud dia sudah menemui pengganti. Malah kata serik untuk berkahwin tidak pernah terbit daripada mulut wanita ini.

“Saya tentunya terbuka nak kahwin lagi dan kembali membina kehidupan berumah tangga. Tak ada istilah trauma selepas bercerai dan tutup hati untuk tidak kenal sesiapa lagi. Saya bersedia saja untuk move on.

“Pengalaman saya lain, biarpun baru saja berpisah tapi saya percaya yang Allah SWT nak beri yang terbaik untuk saya.

“Tapi, itu tidak bermaksud sekarang saya ada pengganti pula. Selalu orang kata, saya ini mesti selalu dapat mesej daripada lelaki yang nak kenal di media sosial, tapi tak ada apa pun. Saya mesej orang adalah,” katanya.

MAHU TEMAN HIDUP SEDERHANA

Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki yang mungkin dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai suami selepas ini, Saleha lekas-lekas memberitahu, dia cuma mahukan seorang teman hidup yang sederhana orangnya.

“Saya nak yang simple. Tak kisah orang biasa sekalipun. Saya nak pilih seseorang yang to be seen and cherised atau dalam erti kata lain, untuk dilihat dan dihargai.

“Berhati-hati? Semestinya ya. Sebabnya, saya tak mahu ulang kesilapan lama. Hal itu buat saya takut andai kata, benda sama berulang lagi. Saya kena pandai pilih.

“Saya rasa masa kahwin dulu, mungkin terkejar-kejar. Jadi sekarang, saya nak ambil masa dengan sewajarnya. Jika ada yang betul-betul sesuai, saya nak kahwin lagi. Saya pun sudah 32 tahun dan nak hidup berkeluarga,”katanya.

Menganggap dirinya bertuah kerana memiliki sistem sokongan yang kuat, Saleha mengaku sejak berpisah dengan bekas suami, dia tidak larut membiasakan diri untuk terus berendam air mata atau dibelenggu dengan kesedihan.

“Saya beruntung kerana dapat sistem sokongan yang baik termasuk kawan dan keluarga. Mereka gembira kerana saya tidak stres lagi selepas keluar dari kepompong dulu. Pada masa sama, saya sibukkan diri dengan bekerja.

“Saya tenggelamkan sisi peribadi itu dengan kerja. Itu juga prinsip saya pegang selama ini dengan fokus kepada kerjaya. Hal terjadi juga bukan jenis yang boleh dirancang. Tapi kita tak boleh terperuk di rumah saja mengenang nasib. Kena cari rezeki dan pandai-pandailah lupakan hal sedih,”katanya.

JURI MLS3
Dalam pada itu, kongsi Saleha mengenai perkembangan kerjayanya, dia kini sibuk terlibat dalam program terbaru Astro Warna, Muzikal Lawak Superstar 3 dan diberi peranan sebagai salah satu daripada juri yang akan mengadili pertandingan realiti itu.

Kata Saleha, antara sebab dia menerima tawaran untuk menjadi juri program itu kerana peluang untuk meraih pengalaman baru dalam cabang komedi.

“Sekitar dua bulan lalu, penerbit dan pasukan kerja pertandingan ini menghubungi pengurus saya. Mereka awalnya bertanya saya pendapat mengenai program itu. Kemudian kami tetapkan temu janji sambil minum-minum.

“Dipendekkan cerita, saya terima pelawaan jadi juri untuk pertandingan ini sebab nak berada di samping Datuk Awie dan Najib Ali. Saya menerimanya pun atas dasar mencabar diri keluar dari zon selesa selepas sekian lama berlakon.

“Sebelum ini saya cuba jadi hos program bual bicara berbahasa Inggeris. Mana tahu selepas ini saya rakam lagu pula. Tak cuma itu, dalam masa yang sama, saya juga sedang melunaskan baki penggambaran drama Hilang untuk platform Viu Malaysia. Saya bawa watak wanita buta. Aqasha, Khir Rahman dan Farah Ahmad pun berlakon,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya