BUTTERWORTH: Seorang anak tidak menyangka perbualan menerusi panggilan video bersama ibunya dan empat ahli keluarga lain adalah yang terakhir sebelum menerima berita kesemua mereka terbunuh dalam kemalangan berhampiran Hentian Titiwangsa di Lebuh Raya Timur Barat Gerik-Jeli kelmarin. Siti Fatimah Mohd. Rodhi, 27, berkata, dia menghubungi telefon ibunya, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, pukul 12 tengah hari untuk bertanya perjalanan mereka pulang ke Sungai Petani dari Kota Bharu,Kelantan. Turut bersama dalam kereta Perodua Alza tersebut ialah bapanya, Mohd. Rodhi Othman, 64, kakaknya, Siti Aishah, 32, abang iparnya, Ahmad Khomaini Abu, 32,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya