PETALING JAYA: Sebanyak 32,000 lagi peminjam dijangka muflis dalam tempoh dua tahun akan datang jika kadar dasar semalaman (OPR) terus dinaikkan iaitu pertambahan 70 peratus daripada jumlah peminjam muflis sedia ada. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd. Ariff berkata, jumlah peminjam muflis yang direkodkan sehingga kini sudah lebih daripada 46,000 ekoran tidak mampu membayar pinjaman disebabkan pandemik Covid-19 dan kini diburukkan dengan peningkatan kos sara hidup. Menurut beliau, jika OPR terus dinaikkan rakyat akan terus ‘ditekan’ untuk menambah bayaran ansurans pinjaman menyebabkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya