2 anak Rohingya lemas semasa mandi sungai

2 anak Rohingya lemas semasa mandi sungai

OPERASI SAR dua anak etnik Rohingya di Sungai Tebrau, Kampung Bakar Batu, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua anak etnik Rohingya, masing-masing berusia 11 tahun dan 14 tahun ditemukan lemas di Sungai Tebrau di Kampung Bakar Batu, di sini pagi ini.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat, Mohd. Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian berkenaan pada pukul 5.24 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati dua etnik Rohingya, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan seorang remaja 14 tahun telah lemas semasa mereka dilaporkan mandi di sungai berkenaan pada pukul 2 petang, semalam.

“Mayat mangsa pertama ditemukan pada pukul 9.50 pagi sejauh 50 meter dari lokasi akhir mangsa dipercayai lemas. Mangsa kedua ditemukan pukul 10.35 pagi pada jarak 100 meter dari lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Riduan berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Mahmod, 11, dan Nojumullah Bibir Ahmad, 14. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya