15,000 pengunjung meriahkan Tasik Kenyir Jet Ski Championship

15,000 pengunjung meriahkan Tasik Kenyir Jet Ski Championship

ANTARA aksi menarik yang dipamerkan oleh peserta Tasik Kenyir Jet Ski Championship 2022 di Pulau Poh, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seramai 15,000 pengunjung memeriahkan Tasik Kenyir Jet Ski Championship 2022 di Pulau Poh, Tasik Kenyir di sini bermula semalam hingga esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, acara tersebut yang julung kali dianjurkan Kumpulan Terengganu Inc berjaya mengembalikan kejohanan sukan air  selepas kali terakhir  pada  2009 lalu.

Menurutnya, kejohanan tersebut disertai  hampir 100 orang termasuk dari luar negara seperti Singapura Thailand, Indonesia Jepun.

“Penganjuran kejohanan itu merupakan antara usaha menjadikan Pulau Poh di Tasik Kenyir sebagai satu daya tarikan terbaharu di Terengganu,” katanya Majlis Perasmian Tasik Kenyir Jet Ski Championship 2022 di Pulau Poh, Tasik Kenyir di sini, semalam.

Perasmian kejohanan itu  disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mohktar.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc), Burhanuddin Hilmi Mohamed berkata, penganjuran sukan itu mendapat pengiktirafan badan induk sukan jet ski dunia Olympic Council of Asia dan International Jet Sports Boating Association (IJSBA).

Menurutnya, sebanyak tujuh kategori  dipertandingkan iaitu Pro-Am Round About (R/A) 1100 Limited, Pro-Am R/A 1100 Open (2-Stroke), Pro-Am Endurance R/A Open, Pro-Am R/A Limited, Expert Veterans R/A Limited (40+), Expert Sport (2-Stroke) dan Junior 13-15 R/A 1100 Limited.

“Kejohanan itu menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai RM50,950 berserta piala dan medal,” ujarnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya