Zuraida kekal sebagai menteri? - Utusan Malaysia

Zuraida kekal sebagai menteri?

ZURAIDA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehadiran Datuk Zuraida Kamaruddin dalam mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pagi ini menguatkan cakap-cakap beliau tidak digugurkan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Pada pukul 9.25 pagi ini kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam membawa Zuraida memasuki Bangunan Perdana Putra.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata, beliau akan bertemu dengan Zuraida sebelum mesyuarat Kabinet minggu ini berikutan jawatan menteri disandang Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) itu dituntut oleh Bersatu atas alasan ia merupakan kuota Bersatu setelah keluar dari parti itu.

Ahli Parlimen Ampang itu sebelum ini mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 26 Mei lalu sebelum menyertai PBM.

Semalam, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sudah menunggu ‘terlalu lama’ untuk bertemu Perdana Menteri membincangkan kedudukan Zuraida.

“Saya tunggu tarikh untuk bertemu Perdana Menteri.

“Saya fikir sudah lebih dua minggu dan terlalu panjang untuk saya tunggu. Sewajarnya perkara itu diputuskan segera oleh perdana menteri ,” katanya.

Zuraida dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas tiket PKR selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan Barisan Nasional pada 9 Mei 2018.

Ketua Wanita PKR itu bagaimanapun dipecat dari parti itu bersama timbalan presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali setelah menyertai Muhyiddin melalui Langkah Sheraton bersama sembilan lagi ahli parlimen PKR yang disifatkan sebagai satu pengkhianatan sehingga menumbangkan kerajaan PH. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya