Zulkifli gesa kerajaan laksana diyat dalam perundangan negara

Zulkifli gesa kerajaan laksana diyat dalam perundangan negara

ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan perlu memperhalusi dan mempertimbang pelaksanaan ‘diyat’ dalam sistem perundangan negara susulan beberapa insiden kemalangan menyayat hati, baru-baru ini. 

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, beliau membentangkan usul pelaksanaan diyat sejak 2019 ketika memegang jawatan Mufti Wilayah Persekutuan. 

“Hari ini, saya masih dengan pendirian yang sama,” katanya dalam Facebook beliau. 

Katanya, beliau simpati dengan berita menyayat hati kes kemalangan maut sepasang suami isteri orang kurang upaya (OKU) selepas dirempuh kereta dipandu lelaki disyaki bawah pengaruh alkohol di Jalan Serkam Pantai, Melaka baru-baru ini. 

Zulkifli yakin sudah ramai tidak sanggup berendam air mata dan hanya menggeleng kepala apabila membaca laporan di dada akhbar. 

Justeru, katanya, beliau menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mempertimbang pelaksanaan diyat itu. 

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan kerajaan mungkin bakal memperkenal konsep diyat yang merupakan antara idea yang diterima jika hukuman mati mandatori dimansuhkan.

Diyat dalam definisi ringkas bermakna ganti rugi atas sesuatu kehilangan nyawa ataupun kecederaan. 

Dari segi jenayah yang dilakukan, diyat terbahagi kepada dua jenis iaitu diyat nyawa iaitu diyat dibayar sebagai pampasan kepada nyawa yang dibunuh dan diyat anggota badan iaitu diyat dibayar sebagai pampasan kepada anggota badan yang dipotong.

Terdapat tiga kategori pembunuhan yang melibatkan diyat, iaitu pembunuhan dengan niat, pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tanpa niat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya