Usah peduli perbalahan UMNO, Pas, Bersatu - Mohamad Sabu - Utusan Malaysia

Usah peduli perbalahan UMNO, Pas, Bersatu – Mohamad Sabu

najib
MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu meminta ahlinya dan pembangkang untuk tidak mempedulikan perbalahan yang berlaku melibatkan UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, ini kerana beliau menyifatkan ketiga-tiga parti itu tetap saling bantu membantu antara satu sama lain bagi mengekalkan kerajaan ‘tebuk atap’.

“Oleh itu saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli Amanah, rakan rakan pendukung Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang terus berusaha untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang untuk mengembalikan maruah negara.

“Jangan lagi negara ini tergadai kepada golongan kleptokrat dan sekutu mereka yang tidak menghormati demokrasi berparlimen dalam mengambil alih kuasa.

“Pedulikan soal UMNO dan sekutunya (Pas dan Bersatu) yang kononnya bercakaran, tetapi sebenarnya mereka sentiasa membantu di antara satu sama lain,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, baru-baru ini.

Terdahulu, beberapa pemimpin dari ketiga-tiga parti itu dilihat berbalah dalam soal kerjasama menjelang pilihan raya dan penentuan tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dilaksanakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN