UniKL-MITEC normalisasi pengajian fleksibel

UniKL-MITEC normalisasi pengajian fleksibel

 PENUNTUT yang melanjutkan pengajian bagi kedua-dua jurusan  diperkenal UniKL-MITEC itu boleh nikmati cara pembelajaran yang fleksibel.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL-MITEC) yang berpangkalan di Pasir Gudang, Johor menawarkan dua program baharu, iaitu Sarjana Kejuruteraan Kualiti dan Pengurusan dan Sarjana Pengurusan Rantaian Bekalan yang relevan dengan kehendak industri semasa.

Kedua-dua program itu dilaksana berdasarkan kerja kursus dan bukan penyelidikan sepenuhnya, malah kelas hanya di hujung minggu dengan penuntut tidak perlu mengambil cuti bekerja.

Universiti itu dalam satu kenyataan memaklumkan, pelajar boleh memohon tajaan pengajian dan elaun sara hidup daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) tertakluk kepada terma dan syarat bagi tempoh pengajian.

Katanya, UniKL-MITEC memperkenal subjek itu kerana sangat relevan dengan industri semasa dan sijilnya yang diperakui secara global atau Lean Six Sigma Green Belt.

“Tenaga pengajar bagi kursus ini dipilih berdasarkan berpengalaman luas daripada industri.

“Selain itu, suasana pembelajaran yang kondusif dengan bilik kuliah yang dilengkapi dengan smart board, makmal dan bengkel dengan teknologi terkini, perpustakaan dan persekitaran selesa serta nyaman,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua kursus ini tidak mengambil masa yang panjang iaitu hanya tiga semester untuk menamatkan pengajian.

“Kedua-dua program ini mendapat akreditasi daripada pihak berwajib, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“Walaupun baru ditawarkan bermula Januari 2020, program ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada pekerja industri dan pelajar-pelajar baharu yang ingin menambah nilai diri masing-masing ke arah pekerja yang lebih kompeten dan berdaya saing di era globalisasi,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN