Umum cerai, aku sudah terlalu penat! - Tegar

Umum cerai, aku sudah terlalu penat! – Tegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kebahagiaan yang dikecapi sepanjang tiga tahun mendirikan rumah tangga nampaknya tidak berpanjangan apabila penyanyi Tegar Septian, 21, mengumumkan perceraiannya dengan isteri, Sarah Sheilka.

Perkara tersebut dikongsi penyanyi kelahiran Indonesia tersebut menerusi hantaran di Instagram Stories (IGS) semalam.

Antara yang dimaklumkan oleh Tegar, dia sudah penat selain meminta maaf bahawa dirinya bukan seorang lelaki yang sempurna.

“Sudahlah teman-teman, aku sudah tidak lagi bersama dengan Sarah. Aku sudah terlalu penat dan aku janji tak mahu berulang lagi perkara seperti ini.

“Maaf juga sebab aku bukan manusia yang sempurna. Kalau kalian mahu tahu, aku benar-benar runsing dan stres memikirkan urusan itu dan ini.

“Iya, aku di Instagram seperti seorang yang romantis. Tapi sebaliknya kalian tak tahu aku sebenarnya runsing. Sekali lagi, mulai dari detik ini, aku sudah tidak lagi bersama Sarah.

“Aku mahu mulakan hidup baru dan memulakannya dari 0,” katanya.

Selain itu, kongsi Tegar, faktor kewangan membuatkan dirinya berdepan dengan masalah depresi.

“Aku banyak berada di rumah. Jujur, aku orang yang tak boleh duduk diam saja di rumah. Namun aku sampai kurus kerana banyak berfikir. Nak cari duit pun susah dan di situlah aku depresi,” katanya.

Dalam pada itu, Tegar berkongsi rakaman video ringkas di IGS dengan mengatakan bahawa sebenarnya terlalu banyak masalah yang tidak dapat diceritakan.

“Sebenarnya terlalu banyak masalah dan panjang sangat untuk diceritakan,” katanya.

Tegar berkahwin dengan Sarah pada Mac 2020 ketika dirinya berusia 19 tahun.

Hasil perkahwinan itu, pasangan muda ini dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama, Abidzar Oktaviano Putra Septian berusia dua tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya