UiTM meterai 518 MOU libatkan IPT lain, industri

UiTM meterai 518 MOU libatkan IPT lain, industri

ROZIAH Mohd. Janor bertukar dokumen dengan Azmir Jaafar dalam Majlis Pelancaran Program Perantis dan Menandatangani MOU UiTM bersama McDonald’s disaksikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad (tengah) di Dewan Anjung Budiman di UiTM Shah Alam, Selangor, hari ini. - FOTO/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemeteraian sebanyak 518 memorandum persefahaman oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan pelbagai pihak dalam industri dan institusi pengajian tinggi (IPT) lain memberi impak positif dalam mengekalkan kedudukannya dalam carta universiti seluruh dunia.

Menerusi MOU tersebut, 50 peratus daripadanya adalah kerjasama antara universiti itu dengan pihak industri manakala selebihnya adalah jaringan jalinan akademik dengan pelbagai universiti dalam dan luar negara.

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, UiTM turut mengadakan lawatan di beberapa universiti luar negara untuk melihat penanda aras dan meningkatkan kualiti pengurusan dan akademiknya.

Menurutnya, kesemua MOU yang ditandatangani melalui pelbagai jabatan dan pusat pengajian di UiTM perlu memastikan penekanan terhadap impak three degrees of separation dan bukan sekadar hubungan kerjasama semata-mata.

“Kita mesti teruskan dengan aktiviti jangka pendek, bukan dalam dokumen sahaja. Kalau disebut kedudukan memang saya faham QS World Universities Ranking ada keluarkan semalam, band UiTM masih yang sama sebab ada peningkatan bilangan universiti yang terlibat dalam 1,800 buah.

“Dari segi penambahbaikan, memang UiTM bertambah baik apabila ada peningkatan dalam score wise dalam tujuh kayu pengukur yang ditentukan oleh QS sendiri. Dari segi kebolehpasaran graduan juga meningkat menjadi sebahagian daripada impak daripada MOU oleh UiTM,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Perantis dan  Menandatangani MOU bersama Pengarah Urusan dan Rakan perasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar bagi menjalin kerjasama dalam tiga program iaitu Perantis Pengurusan (MAP), Program Kebolehpasaran Graduan (GEP) dan Program Latihan Industri (IP).

Menerusi MOU tersebut, seramai 4,000 mahasiswa disasarkan terlibat melalui program-program dalam usahasama itu.

Dalam pada itu, Roziah ketika berucap dalam majlis tersebut memberitahu UiTM merekodkan kadar kebolehpasaran graduannya pada tahap 84 peratus menerusi Rumusan Kajian Impak universiti tersebut dalam tempoh 20 tahun.

“Laporan tersebut membuktikan kebolehpasaran graduan UiTM diiktiraf oleh QS World University Rankings sebagai ‘Most Employable Grads Among World’s Varsities’.

“Sementara itu, Analisis Kajian Pengesanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 2021 melaporkan kebolehpasaran graduan UiTM tahun lalu adalah pada kadar 83 peratus walaupun mendepani cabaran pandemik,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya