TV AlHijrah bersiaran 17 jam, rai Hari Arafah

TV AlHijrah bersiaran 17 jam, rai Hari Arafah

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah (tujuh dari kiri) bersama-sama para asatizah yang menjayakan majlis pelancaran kempen haji 1443 TV AlHijrah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bersempena hari Arafah, TV AlHijrah buat pertama kalinya akan bersiaran selama 17 jam bermula seawal 5 pagi hingga 10 malam melalui sebuah program khas, Munajat Arafah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris berkata, melalui program tersebut, penonton akan dihidangkan dengan kandungan bermakna antaranya pertukaran Kain Kiswah Kaabah.

“Selalunya umat Islam di negara ini tidak terlalu memberi fokus kepada hari Arafah, jadi di TV Alhijrah kami mahu membawakan budaya baharu melalui program ini.

“Memilih tema Baitullah Bertemu Kembali, kempen Program Haji 1443H ini juga turut menyediakan lapan lagi program menarik sepanjang 20 Jun sehingga 13 Julai ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tema berkenaan, beliau memberitahu, tema yang diangkat itu akan dijadikan sebagai latar, tema dan panduan kepada kandungan-kandungan yang akan disiarkan.

Selain itu, tema tersebut jelas menyatakan objektif penyiaran TV Alhijrah sepanjang Zulhijah untuk menjadi stesen pemangkin inspirasi yang mendorong keinginan penonton untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah apabila berkemampuan.

Tahun lalu, TV Alhijrah berjaya menarik jumlah penonton seramai 3.3 juta pada kempen haji 1442H sekali gus mencatatkan prestasi memberangsangkan bagi stesen berkonsepkan Islam.

“Jumlah tontonan ini juga telah menjadi pemangkin semangat serta suntikan motivasi untuk kami menghidangkan lebih banyak program menarik dan berkualiti pada tahun ini yang merangkumi program-program keagamaan, bual bicara, dokumentari, masakan, rancangan khas seperti kapsul serta lintas langsung dari Mekah Al Mukarramah,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya