Tumpahan minyak cemar dua sungai di Sungai Udang - Utusan Malaysia

Tumpahan minyak cemar dua sungai di Sungai Udang

ABDUL JAMEEL Abdul Jabar (kiri) menunjukkan tompokan minyak di Sungai Paya Setokok, Kampung Sungai Udang Jaya, Sungai Udang, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tumpahan minyak dari sebuah premis perindustrian dipercayai menjadi punca Sungai Paya Setokok di Kampung Sungai Udang Jaya dekat sini tercemar sejak seminggu lalu.

Pegawai Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Udang, Abdul Jameel Abdul Jabar berkata, akibat pencemaran itu beberapa penduduk berhampiran mula mengalami batuk akibat terhidu bau minyak.

Menurutnya, terdapat penduduk mendakwa anaknya terpaksa mendapatkan rawatan di klinik berhampiran selepas mengadu mengalami batuk yang sangat teruk.

Beliau berkata, jika tidak diatasi segera ia boleh menyebabkan sawah padi di Kampung Paya Rumput Jaya dan Kampung Sungai Udang Jaya musnah.

“Aliran Sungai Setokok akan masuk ke Sungai Lubuk Bakong dan seterusnya air sungai itu digunakan oleh pesawah padi untuk pengairan.

“Bila hujan lebat melanda awal pagi tadi, ia menyebabkan limpahan dari Sungai Lubuk Bakong sudah mula memasuki sawah padi di kedua-dua lokasi itu.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana tumpahan minyak ini boleh berlaku dan berharap pihak bertanggungjawab untuk membantu mengatasi masalah ini,” katanya kepada Utusan Online.

Tinjauan akhbar ini mendapati, terdapat kesan minyak pada tebing sungai selain bau yang sangat kuat, kesan tompokan minyak juga kelihatan jelas di permukaan sungai.

Mengulas lanjut, Abdul Jameel berkata, pihak perindustrian ada memasang perangkap minyak atau oil boom selepas aduan dibuat berhubung perkara itu.

Namun katanya, perangkap yang dipasang telah rosak dibawa arus ekoran hujan lebat yang melanda kawasan tersebut awal pagi tadi (Khamis).

“Saya sudah hubungi pihak perindustrian memaklumkan mengenai perkara itu namun panggilan saya tidak dijawab hingga kini.

“Dua hari lalu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka telah turun mengambil sampel air tercemar dari Sungai Paya Setokok dan Sungai Lubuk Bakong untuk dianalisis,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya