tujuh perdengar bacaan

Tujuh peserta tilawah perdengar bacaan malam ini

SEORANG peserta wanita kategori hafazan mengalunkan bacaan al-Quran dalam Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan 2022 di Pusat Islam Iskandar Johor Bahru, kelmarin. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai tujuh peserta tilawah memperdengarkan bacaan dalam Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan 1443H/ 2022 di Pusat Islam Iskandar, di sini malam ini.

Peserta tersebut ialah Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abdul Mohsin dari Wilayah Persekutuan, Munirah Kasim (Kelantan), Mohd. Nazri Daud (Kelantan) Roziah Ayup (Sarawak), Khalil Khusairi Zai­nol (Perlis), Siti Aishah Md. Arif (Perlis) dan Azraie Abdul Hak (Melaka).

Tumpuan pastinya terarah kepada qariah Perak, Puteri Kalimatul Azzua Hamid yang me­rupakan johan tilawah pada 2020 yang akan memperdengarkan bacaan pada malam esok.

Seramai 29 qari dan qariah dari seluruh negara mengambil bahagian dalam Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun ini.

Bagi kategori hafazan, seramai 16 peserta telah selesai memperdengarkan bacaan mereka di hadapan juri, semalam (Ahad).

Semalam, seramai 18 peserta telah diuji bagi menghafaz bacaan ayat al-Quran serta terjemahan.

Turut mencuri tumpuan ialah penyertaan dua peserta cilik iaitu Wan Nur Farzana Wan Mohamad Rafi, 12, dari Kelantan dan Muhammad Amenullah Ab. Rahman, 13, dari Terengganu yang turut akan memperdengarkan hafazan esok.

Seramai 77 peserta mengambil bahagian bagi kategori hafazan yang akan berlangsung sehingga Khamis ini.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan majlis berkenaan sambil diiringi Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya