Tiga bersaudara mati lemas di Lata Changkah - Utusan Malaysia

Tiga bersaudara mati lemas di Lata Changkah

JENAZAH tiga bersaudara termasuk dua beradik yang ditemukan mati lemas di Lata Changkah di Setiu semalam selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir Maras di Batu Rakit, Kuala Nerus, pagi ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kegembiraan enam sekeluarga mandi-mandi di Lata Changkah di Setiu berakhir tragedi apabila tiga daripadanya ditemukan mati lemas, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa yang maut ialah Syariatul Nurfatihah Mohd. Dera, 28, dan adiknya, Syariatul Noor Syafiqa, 26, di samping sepupu, Siti Aisyah Mazalan, 19.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika kesemua mereka mahu pulang sebelum seorang daripadanya tergelincir lalu terjatuh ke dalam air dan menarik bersama dua mangsa lain.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin, siasatan awal mendapati mangsa berkelah di kawasan bercerun dan terlindung.

“Orang awam yang berada di tempat kejadian bertindak pantas menyelamatkan keluarga berkenaan termasuk turut menemukan tiga yang terjatuh itu.

“Namun pemeriksaan lanjut di hospital mengesahkan ketiga-tiga mangsa sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jenazah tiga bersaudara itu selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir Maras di Batu Rakit di sini pada pukul 4.30 pagi.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi Surau Kampung Hilir Maras ketika jenazah tiba dari Hospital Setiu awal pagi ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya