TASIK buatan manusia terbesar di Kedah, Tasik Pedu di Padang Terap adalah salah satu lokasi tumpuan pelancong tempatan yang ingin menerokai keindahan alam semula jadi sambil
menaiki bot menelusurinya.
Pada musim cuti persekolahan ini, orang ramai mengambil kesempatan membawa keluarga bersiar-siar di tasik yang mempunyai berkeluasan kira-kira 52 kilometer persegi dan berkedalaman 60 meter itu.
Pelancong berpeluang merakam gambar keindahan khazanah alam yang terdapat di tasik berusia lebih lima dekad itu ketika menaiki bot mengelilingnya.
Pelancong yang menaiki bot dengan bayaran RM10 seorang itu juga singgah di sebuah pulau di tasik berusia lebih lima dekad itu .
Ketika berada di pulau tersebut, pelancong dapat melakukan aktiviti berkayak, mandi, memancing dan menginap di rumah bot atas air. – UTUSAN