Tengku Permaisuri Selangor dimasyhur Pro-Canselor UiTM

Tengku Permaisuri Selangor dimasyhur Pro-Canselor UiTM

AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyempurnakan pemasyhuran Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baharu pada Istiadat Konvokesyen Ke-93 universiti itu yang bermula hari ini.

Pemasyhuran itu disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang merupakan Canselor universiti terbesar negara.

Tengku Permaisuri Norashikin dimasyhurkan Pro-Canselor bermula 18 Oktober 2021 hingga 17 Oktober 2024 mengikut Seksyen 19B (1) Akta UiTM 1976.

Yang turut berkenan menyaksikan pemasyhuran tersebut ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Al- Sultan Abdullah bertitah, pemasyhuran itu membuka lembaran baharu bagi UiTM untuk terus dimartabatkan sebagai institusi pengajian tinggi awam yang unggul di negara ini.

“Sebagai Canselor UiTM, paduka adinda berasa sangat bertuah lagi berbesar hati untuk menyempurnakan permasyhuran paduka kekanda Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin sebaga Pro-Canselor UiTM yang baharu.

“Amatlah bertepatan bagi Tengku Permaisuri Selangor dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor sebuah universiti mempunyai nilai warisan sejarah yang sarat ikatan pertalian dengan negeri Selangor,” titah Seri Paduka pada istiadat tersebut. 

Pada istiadat itu, Seri Paduka turut berkenan menganugerahkan ijazah doktor falsafah kepada 89 graduan dalam pelbagai bidang dan 14 penerima Anugerah Graduan Terbaik tahun 2022.

Istiadat konvokesyen UiTM ke-93 kali ini berlangsung secara bersemuka bermula 14 Jun hingga 6 Julai ini yang menyaksikan seramai 27,287 keseluruhan graduan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN