Tempahan melonjak, namun hotel masih kurang pekerja

Tempahan melonjak, namun hotel masih kurang pekerja

TEMPAHAN hotel di Pulau Pinang ketika ini melonjak sehingga 90 peratus namun pihak hotel terus berdepan masalah kekurangan pekerja khususnya pekerja asing yang belum dibenarkan dibawa masuk ke negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Tempahan hotel di Pulau Pinang terutama di hotel-hotel sepanjang pusat peranginan di kawasan Batu Ferringhi di sini, melonjak sehingga 90 peratus dan dijangka berterusan sehingga tamat cuti sekolah ini.

Bagaimanapun, Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang, Tony Goh berkata, masalah kekurangan pekerja yang berterusan sejak tahun lalu membantutkan usaha pemulihan sektor perhotelan di negeri itu.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan membantu mempercepat kemasukan pekerja asing bagi memenuhi keperluan sektor perhotelan.

”Kita belum terima pekerja asing dan majikan terpaksa meneruskan operasi dalam keadaan kurang pekerja sejak tahun lalu.

”Keadaan ini menyukarkan industri perhotelan untuk pulih sepenuhnya dengan cepat. Jadi kami merayu bantuan kerajaan agar dapat mempercepat proses kemasukan pekerja asing untuk sektor perhotelan,” katanya di sini, semalam.

TONY GOH

Menurutnya, hotel-hotel di sepanjang pantai Batu Ferringhi sentiasa menjadi pilihan pelancong domestik dan pelancong asing sejak dahulu memandangkan pihak hotel sentiasa mengutamakan perkhidmatan terbaik untuk para pelanggan.

“Tempahan hotel di kawasan pantai mencecah 90 peratus bermula Jumaat lalu dan dijangka berterusan sehingga tamat cuti sekolah.

”Selain itu, tempahan hotel di kawasan pusat bandar mencecah 80 peratus manakala di kawasan Seberang Prai pula, tempahan hotel turut meningkat ke 70 peratus,” katanya.

Tambahnya, pemulihan ekonomi sektor perhotelan kini semakin baik selepas sempadan negara dibuka kepada pelancong asing.

”Sekarang ini peratusan pemulihan sektor perhotelan adalah sekitar 60 peratus dan akan meningkat secara berperingkat selepas ini.

”Namun, sekiranya masalah kekurangan pekerja tidak diatasi industri ini tidak dapat pulih dengan segera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya