Teka-teki tarikh PRU-15 ganggu pembangunan negara - Utusan Malaysia

Teka-teki tarikh PRU-15 ganggu pembangunan negara

ADLY ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Teka-teki berhubung tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang saban hari hangat dibincangkan hanya akan memberi kesan buruk kepada ekonomi rakyat.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari berkata, sesuatu pilihan raya umum sepatutnya berakhir mengikut penggal yang ditetapkan iaitu selama lima tahun.

Beliau berkata, tindakan membubarkan Dewan Rakyat lebih awal daripada jangka masa sepatutnya dilihat akan mengganggu perancangan dan pembangunan negara.

“Teka-teki PRU-15. Untuk Malaysia melangkah ke hadapan, tarikh pilihan raya umum sepatutnya mengikut penggal iaitu lima tahun. Itu akan menjadikan politik lebih stabil dan perancangan serta pembangunan negara lebih teratur dan terancang.

“Teka-teki pilihan raya menatijahkan ketidakstabilan dan secara langsung memberi kesan buruk kepada ekonomi rakyat,” katanya.

Terdahulu, ketika Konvensyen Sambutan Ulang Tahun Barisan Nasional (BN) Ke-48, Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan berbincang tarikh PRU-15 bersama Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Presiden UMNO itu turut menyatakan perjumpaan antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama ‘lima teratas’ bagi menentukan pembubaran Parlimen akan berlaku bila bila masa sahaja.

Kenyataan itu mendapat respons berbeza daripada ahli politik antaranya Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Ahmad Amzad Hashim yang mendakwa, perbuatan itu jelas menunjukkan sikap mementingkan diri kalangan pemimpin yang hanya mahukan kuasa dan jawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN