Tasik Bukit Merah surut paras kritikal - Utusan Malaysia

Tasik Bukit Merah surut paras kritikal

PEMANDANGAN udara keadaan Tasik Bukit Merah yang surut di sekitar Bukit Merah Laketown Resort di Bagan Serai. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Tasik Tasik Bukit Merah di sini yang menjadi sumber bekalan air kepada penduduk Daerah Kerian mencatat penurunan difahamkan kini pada paras kritikal berikutan tiada hujan sejak kebelakangan ini dan cuaca panas.

Tasik Bukit Merah dengan keluasan takungan 41 kilometer persegi merupakan sumber bekalan air utama untuk pengairan sawah padi, bekalan air mentah untuk loji Lembaga Air Perak (LAP) bagi penggunaan domestik dan untuk kegunaan kilang di kawasan perindustrian di Taiping.

Paras air di tasik itu mulai menurun sejak minggu lalu kerana musim panas.

Tinjauan Utusan Malaysia dari jeti nelayan darat di Kampung Selamat di sini mendapati, air tasik di kawasan itu surut sehingga sejauh 2.65 kilometer dari jeti nelayan darat di situ.

Air surut dari jeti nelayan itu yang juga dikenali ‘jambatan asmara’ hingga ke ke arah Pulau Orang Utan yang terletak di tengah Tasik Bukit Merah.

Penyusutan air sejauh itu sehingga menampakkan beratus-ratus tunggul kayu dan banir pokok kayu di dasar tasik.

Dalam keadaan paras air yang normal, tunggul kayu dan banir kayu itu tidak kelihatan kerana ditenggelami air.

Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) juga terpaksa menghentikan operasi aktiviti rekreasi air disebabkan penyusutan air tasik.

Pulau Orang Utan yang terletak di tengah tasik itu ditutup sementara daripada pengunjung kerana bot membawa penumpang terdampar di jeti dan kakitangan Pulau Orang Utan terpaksa berkayak sejauh 2.7km setiap hari untuk menghantar makanan dan ubat-ubatan ke pulau tersebut.

Pengurus Resort BMLR, M. Danesh Kumar berkata, ini merupakan kali kedua pada tahun ini aktiviti rekreasi air di tasik itu tidak dapat beroperasi berikutan paras air tasik yang surut disebabkan musim panas dan tiada hujan.

Sehubungan itu, Danesh berharap pengunjung resort itu memahami keadaan yang berlaku sehingga menyebabkan semua aktiviti rekreasi air tidak dapat dijalankan ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya