Tarikh rasmi Hari Raya Aidiladha diketahui malam ini

Pengisytiharan tarikh rasmi Hari Raya Aidiladha pukul 8 malam ini

PENYIMPAN Mohor Besar Raja-Raja akan mengumumkan tarikh sambutan Hari Raya Aidiladha pada pukul 8 malam ini.- GAMBAR HIASAN /AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengisytiharan tarikh rasmi Hari Raya Aidiladha bagi tahun ini dijadual diumumkan pada pukul 8 malam ini. 

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), perkara itu akan diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. 

“Pengumuman yang dinantikan oleh semua umat Islam itu akan disiarkan menerusi radio dan televisyen (RTM TV1). 

“Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Haji atau Korban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi),” katanya dalam satu hantaran rasmi di Facebook, hari ini. – UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya