Tak nak besarkan hal ini - Puteri Sarah Liyana

Tak nak besarkan hal ini – Puteri Sarah Liyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Puteri Sarah Liyana, mempunyai alasan mengapa sehingga kini dirinya masih tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga bersama suaminya yang juga pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.

Perkara tersebut didedahkan pelakon drama Dunia Anita itu menerusi InstaStory selepas menerima satu tangkap layar pesanan langsung (DM) daripada perbualan seorang warganet bersama orang ketiga itu.

Menerusi perbualan tersebut, wanita berkenaan mempersoalkan mengapa Puteri Sarah masih tidak meneruskan tindakan undang-undang seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini.

Jawabnya, antara faktor utamanya adalah kerana kasihankan bapa kepada wanita berkenaan yang juga
seorang pelakon veteran.

“Agak kelakar sebenarnya. Pertama, bertahun tidak bertindak nak saman sebab kasihankan bapa kamu
(orang ketiga). Juga, saya tak nak besarkan hal ini.

“Kedua, yang inginkan perhatian orang itu adalah anda, bukan saya.

“Ketiga, tidak baik maki hamun dah macam Amber Heard pula saya tengok dia ini,” jawabnya ringkas.

Terdahulu, kisah rumah tangga pasangan tersebut kembali menjadi perhatian apabila dia mendedahkan wujud gangguan orang ketiga yang dipercayai anak kepada seorang pelakon.

Kemudian, Puteri Sarah juga pernah mendedahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul.

Sekadar informasi, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Summayah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya