Syarikat biskut guna logo halal tak sah diserbu - Utusan Malaysia

Syarikat biskut guna logo halal tak sah diserbu

PEGAWAI penguat kuasa KPDNHEP memeriksa sebahagian daripada makanan yang dirampas kerana logo halal tidak sah di sebuah kilang di Bukit Pinang, Alor Setar, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebuah syarikat yang banyak menghasilkan biskut memaparkan logo halal tidak sah  di Bukit Pinang di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kelmarin. 

Pengarah KPDNHEP Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, serbuan itu dibuat pada pukul 11 pagi melibatkan 10 pegawai penguat kuasa, setelah  menerima maklumat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK). 

Menurut beliau, sebelum ini, syarikat itu memiliki sijil halal namun ditarik pada Mac lalu kerana melanggar prosedur sijil pengesahan halal. 

“Penarikan sijil tersebut menyebabkan pihak syarikat tidak lagi boleh menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada semua produk dikeluarkan. 

“Namun pemeriksaan dijalankan mendapati hampir semua produk yang dibungkus dan diletakkan dalam kotak, masih mempunyai logo halal Jakim,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Menurut beliau , berikutan itu kesemua produk yang dilabelkan dengan logo halal  bernilai RM906, 609  disita untuk tindakan lanjut. 

Difahamkan syarikat itu telah beroperasi lebih 10 tahun dan kebanyakan produk syarikat diedarkan sehingga ke Sabah dan Sarawak.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya