Sultan Johor berkenan lantik TMJ sebagai Pemangku Raja - Utusan Malaysia

Sultan Johor berkenan lantik TMJ sebagai Pemangku Raja

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja Johor mulai hari ini.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini.

“Saya melantik Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja. Saya ingin berehat sekejap, terima kasih, mulai hari ini,” titah baginda.

Walau bagaimanapun, Sultan Ibrahim tidak memaklumkan tempoh perlantikan tersebut berkuat kuasa sehingga bila.

Kali terakhir Tunku Ismail dilantik sebagai Pemangku Raja pada 11 Ogos 2019.

Pada 9 Jun lalu, Tunku Ismail berkenan menitahkan bakal berundur daripada mengendalikan pengurusan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) disebabkan mempunyai tanggungjawab dan komitmen lain.

Dengan keputusan tersebut, baginda menyerahkan urusan harian menguruskan Kelab Bolasepak JDT kepada pihak pengurusan tertinggi kelab.

Namun, beberapa pihak termasuk Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-Gon meminta Tunku Ismail mempertimbangkan semula keputusan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya