Suami ada beritahu teringin sangat nak jumpa Emy- Isteri Raisuddin realisasikan hajat - Utusan Malaysia

Suami ada beritahu teringin sangat nak jumpa Emy- Isteri Raisuddin realisasikan hajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hajat pelakon veteran, Raisuddin Hamzah, tercapai apabila dapat bertemu dengan seorang wanita yang persis arwah anak perempuannya yang juga penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah.

Perkara tersebut dikongsikan isteri pelakon itu, Siti Fatimah Saberi, menerusi satu hantaran video di platform TikTok miliknya.

Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Emy itu dijemput untuk memberi kejutan kepada bapa arwah sempena sambutan ulang tahun kelahiran yang dirancang oleh isterinya.

Raisuddin dilihat terkesima apabila melihat kemiripan wajah Emy yang mempunyai iras wajah penyanyi lagu popular Kesetiaan itu.

“Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arwah, suami ada bagi tahu teringin sangat nak jumpa dengan Emy ini.

“Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing-masing yang sibuk.

“Sempena hari lahir, kita bawa Emy bagi meraikan sekali hari lahir bersama-sama dengan kami semua,” katanya.

Mengulas lanjut, Siti Fatimah menitipkan penghargaan buat keluarga terdekat, rakan-rakan serta tetamu yang sudi hadir bagi menyambut bersama-sama.

“Terima kasih pada keluarga dan rakan-rakan yang hadir untuk meraikan hari lahir abah.

“Terima kasih juga buat Emy dan keluarga yang sudi menerima pelawaan kami,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-raya warganet turut menzahirkan rasa sebak selain mengakui wajah Emy ada seiras dengan arwah.

Sebelum ini, tular di media sosial tentang seorang wanita yang dikatakan memiliki wajah mirip Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin, yang dikenali sebagai Emy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya