Struktur cerun tinggi sukarkan Stadium Bukit Jalil dijaga sempurna

Struktur cerun tinggi sukarkan Stadium Bukit Jalil dijaga sempurna

AFC mempersoalkan kenapa tiada persediaan berdepan sebarang kemungkinan terutama ketika hujan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Keadaan permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang becak ekoran hujan lebat turut menjadi tumpuan semasa aksi Harimau Malaya menentang Bahrain Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023, malam tadi.

Malaysia tewas 1-2 kepada Bahrain dalam perlawanan itu, sekali gus menyukarkan laluan untuk melayakkan diri di pentas Piala Asia 2023 yang menyaksikan skuad kebangsaan perlu menamatkan kedudukan di tangga kedua terbaik dalam kalangan lima pasukan dari enam pasukan.

Malaysia tewas 1-2 di tangan Bahrain dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Gambar petugas stadium menolak air bertakung di atas padang sebelum perlawanan menggunakan penyodok sampah dan getah paip tular dalam media sosial yang mendapat kritikan warganet.

Netizen antara lain mempersoal kemudahan fasiliti digunakan itu berbanding yang dipraktikkan di kebanyakan stadium di seluruh dunia.

Stadium Nasional Bukit Jalil  mula digunakan pada 1998 yang dinaik taraf pada 2017 melibatkan kos beratus juta ringgit. 

Hakikatnya, isu keadaan padang stadium berkenaan telah lama dibangkit dan dibahaskan. Ia buka sahaja berhubung air bertakung tetapi masalah yang sukar menyebabkannya berada dalam keadaan sempurna atau ‘susah hendak dijaga’.

Utusan Online menyiarkan kembali salah satu laporan berhubung isu berkaitan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang sehingga kini dilihat tiada penyelesaian.

Berikut artikel disiarkan pada 19 September 2021: 

STRUKTUR Stadium Nasional Bukit Jalil yang memiliki kecerunan tinggi antara punca pihak pengurusan sukar memastikan padang sentiasa berada dalam keadaan sempurna.

SNBJ sudah menggunakan pelbagai jenis rumput termasuk bermuda, paspalum, cow grass dan kini dalam proses bertukar kepada zoysia seperti yang digunakan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemangku Pengarah Pusat Sukan, Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, keadaan padang itu sendiri berada beberapa meter ke bawah dan kualiti pencahayaaan tidak mencukupi.

Keadaan stadium menyebabkan rumput sukar membesar dengan baik dan menyukarkan kontraktor menjalankan penyelenggaraan berkala.

“Struktur stadium me­nurun, kedudukan padang di bawah, tidak seperti keba­nyakan stadium yang lebih terbuka se­perti stadium JDT dan Terengganu.

“SNBJ pernah menggunakan tiga jenis rumput sehingga kini tetapi masalah sama tetap berulang. Ia bukan disebabkan rumput tetapi persekitaran dan struktur stadium itu sendiri.

“Penyelenggaran buat isu kerana kontraktor dilantik menjaga padang SNBJ adalah mereka yang pakar dalam bidang penjagaan,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik JDT mempersoalkan kos RM10 juta yang diperlukan untuk membuat padang baharu SNBJ.

Katanya, kos itu terlalu tinggi kerana beliau hanya memerlukan RM1.4 juta untuk membuat padang menggunakan rumput zoysia di Stadium Sultan Ibrahim lengkap dengan sistem perpaipan, perparitan dan tanah.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan RM10 juta ialah kos membaikpulih beberapa padang di seluruh negara selain SNBJ. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya