mangsa banjir

STAM 2021: Mangsa banjir tidak sangka dapat Mumtaz Sofi

SYED Iman Shafiqi Syed Mahabub Hossain ditemani ibunya, Kamariah Ali ketika mengambil keputusan STAM pada Majlis Pengumuman Keputusan STAM 2021 di Maahad Ahmadi, Gemencheh, Tampun, hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 dari Maahad Ahmadi, Gemencheh di sini yang menjadi mangsa banjir di Shah Alam, Selangor hujung tahun lalu berjaya memperoleh pencapaian Mumtaz Sofi (amat cemerlang) bagi keputusan peperiksaan berkenaan.

Syed Iman Shafiqi Syed Mahabub Hossain, 19, berkata, ketika kejadian, rumahnya ditenggelami banjir setinggi semeter malah ditempatkan selama tiga hari di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Semasa kejadian, saya baharu pulang ke rumah bagi cuti selama dua minggu dan mahu memanfaatkan masa berkenaan untuk mengulangkaji pelajaran berikutan peperiksaan percubaan STAM akan berlangsung.

“Kemudian, Allah datangkan ujian banjir, semangat belajar saya seminggu juga hilang. Pada masa itu, saya rasa susah untuk belajar dalam keadaan rumah ditimpa banjir.

“Tiga hari di PPS, saya hanya menelaah al-Quran dan semangat saya bangkit kembali untuk belajar bila terkenangkan ibu dan ayah. Buku sekolah saya selamat namun nota pembelajaran ada yang dihanyutkan banjir dan telefon bimbit saya juga rosak,” katanya.

Dia ditemui sempena Majlis Pengumuman Keputusan STAM 2021 di Maahad Ahmadi, Gemencheh, di sini, hari ini.

Sementara itu, Syed Iman Shafiqi amat bersyukur kerana berkat bimbangan serta doa dari ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan, dia akhirnya berjaya mendapat keputusan cemerlang itu.

Sementara itu, Pengetua Maahad Ahmadim Gemencheh, Mohamad Aspari berkata, gred purata sekolah berkenaan berjaya mencatatkan keputusan 1.96 dan daripada 53 calon STAM 2021, 14 calon mendapat Mumtaz serta seorang mendapat Mumtaz Sofi.

Jelas beliau, seramai 29 orang lagi calon mendapat keputusan Jayyid Jiddan, dan enam orang mendapat Jayyid.

“Alhamdulillah, walaupun cabaran menduduki peperiksaan semasa pandemik Covid-19, kesemua calon tetap menunjukkan semangat semasa menduduki peperiksaan serta meneruskan kecemerlangan sekolah dalam keputusan STAM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya