Solat Jumaat di Masjidil Haram, jalan kaki 1km di bawah suhu 47celsius

Solat Jumaat di Masjidil Haram, jalan kaki 1km di bawah suhu 47celsius

WALAUPUN cuaca panas mencecah 47 darjah celsius, namun ia tidak menghalang jemaah untuk datang lebih awal ke Masjidil Haram bagi menunaikan solat Jumaat hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ekoran jarak penginapan dengan Masjidil Haram sejauh kira-kira 1 kilometer (KM), para jemaah haji Malaysia dinasihatkan membawa bekalan air yang secukupnya berikutan suhu di Mekah kini mencecah 47 darjah celsius.

Hari ini, para jemaah terpaksa berjalan kaki hampir 1 km di bawah terik matahari dengan suhu 47 darjah celsius itu bagi menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ar Firdaus Mohd Arshad, 39, jemaah dari Gerik Perak berkata, sifat keterujaan tidak boleh dinafikan seawal hendak berjalan kaki menuju ke Masjidil Haram bagi menunaikan solat Jumaat.

“Seawal pukul 11.30 minit pagi saya sampai ke pekarangan masjid untuk mendapatkan peluang menunaikan solat berdekatan Kaabah, namun kawasan itu sudah pun ditutup kerana jumlah jemaah sudah mencukupi.

Namun ia tidak mematahkan semangat saya, perasaan syukur dalam diri masih menebal, suasana di sini sangat berbeza apabila melihat jemaah wanita turut menunaikan solat Jumaat, perkara yang baru sentiasa mengujakan saya,” katanya.

Seorang lagi jemaah, Mohd. Fikri bin Rahimin, 36, yang bekerja sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) berkata, sayu sebab rasa kerdilnya diri di sisi Allah dan bersyukur dijemput sebagai tetamu Allah.

“Di sini, seawal pukul 11 pagi kami perlu mula bersiap untuk menunaikan solat Jumaat memandangkan waktu Zohor ialah pada pukul 12.20 tengah hari, jarak perjalanan sekurang-kurangnya 900 meter daripada hotel untuk kami bergerak.

“Kami juga dinasihatkan untuk berwuduk dari penginapan serta membawa bekalan air yang mencukupi semasa bergerak ke Masjidil Haram kerana suhu yang mencapai 40 darjah celsius dan hanya berjalan kaki untuk ke masjid,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Fikri berkata, penjagaan kesihatan perlu seiring dalam menunaikan ibadah haji, kami jemaah Malaysia menyambut baik saranan Tabung Haji untuk sentiasa menyediakan bekalan air bagi mengelakkan dehidrasi.

“Tidak lupa juga, jemaah perlu mengingati tempat penginapan serta bergerak secara berkumpulan bagi elak berlakunya sesat di sana. Bagaimanapun, saya sangat bersyukur kerana petugas Tabung Haji sedia membantu jika ada masalah setiap masa,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya