PETALING JAYA: Berikut adalah penerima Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri sempena majlis penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2022 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
PERKHIDMATAN AWAM
Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Datuk Abdul Ghani Salleh, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Datuk’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
PIHAK BERKUASA TEMPATAN / BADAN BERKANUN
Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
SWASTA / PERSATUAN / SUKARELAWAN / SUKAN
Datuk Low Kian Chuan, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia
SWASTA / PERSATUAN / SUKARELAWAN / SUKAN
Datuk Sri Abdul Farid Alias, Presiden dan Pengarah Eksekutif Malayan Banking Berhad
Datuk Seri Tajuddin Atan, Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad
Datuk Lee Yoon Kong, Pengarah Eksekutif United U-Li Corporation Berhad
Datuk Sri Che Khalib Mohamad Noh, Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Berhad
Datuk Seri Dr. Noormustafa Kamal Yahya, Pengasas dan Pengarah Urusan T.A.G. Marine Sdn. Bhd.
PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)
Jen. Datuk Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Panglima Tentera Udara Markas Tentera Udara
PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
Datuk Seri Haji Mazlan Lazim, Bekas Timbalan Ketua Polis Negara
Datuk Razarudin Husain. Timbalan Ketua Polis Negara
PERTUBUHAN POLITIK
Datuk Seri Panglima Osu Sukam, Bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi/ Bekas Ketua Menteri Sabah
Datuk Seri Subramaniam a/l K.V. Sathasivam, Bekas Menteri Kesihatan/ Bekas Presiden Parti Malaysian Indian Congress (MIC)
Datuk Seri Ong Ka Chuan, Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri/ Bekas Setiausaha Agung Parti Malaysian Chinese Association (MCA)
Datuk Seri Idris bin Jusoh, Bekas Menteri Pendidikan Tinggi/ Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Datuk Sri Diraja Adnan Yaakob, Bekas Menteri Besar Pahang/ Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang