Seksi: Cakap salah, tak cakap pun salah - Azira Shafinaz

Seksi: Cakap salah, tak cakap pun salah – Azira Shafinaz

Azira Shafinaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Azira Shafinaz mengambil pendekatan mengunci mulut dan mengelak memberi respon terhadap reaksi negatif segelintir netizen yang mendakwa penampilannya semakin seksi.

Azira yang juga ahli kumpulan DeFam berkata, dia tidak mahu kenyataannya kelak disalah tafsir dan membuka lebih ruang untuk warganet mengecamnya.

“Saya tak ada nak komen apa-apa. Perkara ini sensitif. Cakap salah, tak cakap pun salah.

“Minta maaf sangat. Pasal isu ini, nanti orang salahkan saya semula. Lebih baik saya tak kata apa-apa tentangnya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, segelintir netizen mempersoal perkongsian Azira dalam media sosial dikatakan semakin berani dan seksi sehingga ada yang meluahkan rasa kecewa dengan ‘perubahan’ tersebut.

Ruangan komen media sosial pelakon berusia 30 tahun itu turut dibanjiri dengan nasihat dan permintaan supaya dia mengurangkan keseksian seperti awal menceburkan diri dalam dunia seni.

Dalam pada itu, Azira mengaku dia akan membaca komen-komen netizen, sama ada yang baik atau buruk.

“Tentunya ada orang sokong dan ada juga yang tak sokong kita. Saya selalunya ambil yang negatif dan jadikannya sesuatu positif.

“Saya tak boleh abaikan (komen negatif). Kalau buat tak kisah, ia seperti saya tidak terima kelemahan sendiri.

“Tapi kalau komen-komen melampau itu saya abaikan. Kalau dilayan, tak ke mana. Mereka ini ‘jaguh siber’. Kita buat hal sendiri sahaja,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya