Sediakan kawasan hentian rehat dan rawat - Utusan Malaysia

Sediakan kawasan hentian rehat dan rawat

LALUAN Temiang-Pantai dekat Seremban yang semakin mendapat perhatian orang ramai sewajarnya disediakan kawasan rehat dan rawat. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pihak berwajib dicadang mewujudkan satu kawasan hentian rehat dan rawat (RnR) di Jalan Temiang-Pantai susulan meningkatnya jumlah pengguna jalan raya di laluan tersebut.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 9, Pantai, Kheder Ahmad, 61, berkata, dengan adanya RnR itu, pengguna jalan raya boleh berhenti mengambil gambar pemandangan di kawasan itu dalam keadaan selamat dan selesa.

“Keselamatan pengguna jalan raya juga akan lebih terjamin kerana jalan ini semakin ramai dikunjungi pelancong termasuk yang berbasikal. Apabila ada hentian RnR, mereka bukan sahaja boleh bergambar tetapi berehat seketika melihat keindahan kawasan itu.

“Banyakkan juga papan tanda dan laluan berbasikal. Aspek keselamatan agak penting bagi mengelak kejadian kemala­ngan ketika pengguna jalan raya mengambil gambar dan berhenti di kawasan berbukit tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Menurut Kheder, Jalan Temiang-Pantai menjadi tum­puan ahli-ahli kumpulan kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi untuk berkumpul.

“Banyak kali beberapa ahli konvoi kenderaan termasuk kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi yang tidak melepaskan peluang melalui jalan tersebut.

“Daripada sudut positif ia sa­ngat bagus namun bagi penduduk kami khuatir dengan ke­selamatan kerana semakin ramai pelancong yang melalui jalan sekitar Pantai dan bilangan kenderaan juga semakin me­ningkat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga telah meng­adakan perbincangan bersama Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bagi mencari kaedah menaik taraf ekonomi penduduk di sekitar Jalan Pantai susulan meningkatnya kehadiran orang ramai di jalan itu saban minggu.

“Ia termasuklah mewujudkan kemudahan untuk menjual makanan tradisional supaya pengunjung boleh berhenti ber­belanja. Ideanya sudah ada, cuma kami berharap ia dapat disegerakan selepas kawasan Jalan Pantai semakin dikenali,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya