RUU lompat parti: 2 cadangan diperhalusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen - Utusan Malaysia

RUU lompat parti: 2 cadangan diperhalusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak membantah sebarang cadangan pindaan berkenaan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang dibentang Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya sudah membentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri berhubung cadangan pindaan larangan wakil rakyat bertukar parti semalam.

Katanya, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun juga memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri berkaitan pindaan perlembagaan itu.

“Jemaah Menteri tiada bantahan terhadap draf yang dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen tetapi mereka membangkitkan dua perkara agar diperincikan dan diperhalusi semula. Persoalan yang dibangkitkan Jemaah Menteri akan dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada Selasa depan untuk diteliti, seterusnya memuktamadkan RUU tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Junaidi berkata, beliau turut menekankan bahawa mengikut Peraturan 85 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, maklumat berhubung Jawatankuasa Pilihan Khas tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Ini kerana RUU terbabit masih dalam perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Secara keseluruhannya, RUU ini diambil maklum Kabinet secara serius,” katanya.

Minggu lalu, Wan Junaidi berkata RUU itu dijangka dibentangkan seawal pertengahan Julai ini iaitu ketika Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat Penggal Kelima yang bermula 18 Julai nanti.

“Namun, tarikh sebenar pembentangan RUU terbabit masih tertakluk kepada keputusan kerajaan. Sekiranmya RUU itu dapat dibentang dan diluluskan pada sidang terbabit, ia boleh diwartakan seawal Januari depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya