Rumah di Melaka serendah RM70,000 - Utusan Malaysia

Rumah di Melaka serendah RM70,000

SULAIMAN Md. Ali (tengah) mendengar penerangan daripada salah satu pemaju yang mengambil bahagian dalam Ekspo RMM yang dianjurkan di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka menawarkan 8,286 unit rumah mampu milik pada harga serendah RM70,000 di Ekspo Rumah Mampu Milik (RMM) yang berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad ini di pusat beli-belah Dataran Pahlawan di sini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, rumah ditawarkan meliputi rumah kos rendah, kos sederhana rendah, rumah belia Melaka dan rumah mampu milik.

Jelasnya, sebanyak 12 pemaju perumahan terlibat pada ekspo itu, selain dua institusi kewangan atau institusi pembiayaan perumahan dan enam agensi kerajaan termasuk Lembaga Perumahan Melaka (LPM).

“Ekspo RMM merupakan acara tahunan yang dikendalikan LPM dan pada tahun ini kita menawarkan sebanyak 8,286 unit rumah mampu milik kepada orang ramai.

“Rumah-rumah yang ditawarkan adalah pada harga serendah RM70,000 sehingga RM180,000,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Ekspo RMM di sini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, mengikut Laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) sehingga 31 Disember 2021, Melaka masih mengekalkan status sebagai negeri yang menawarkan harga rumah terendah di Malaysia pada harga purata RM209,472.

“Pencapaian ini dipengaruhi oleh dasar perumahan kerajaan negeri yang menetapkan setiap pembangunan perumahan melebihi lapan ekar, perlu membina sekurang-kurangnya 50 peratus komponen rumah mampu milik.

“Sehingga 31 Mei 2022, LPM telah merekodkan sebanyak 44,684 unit rumah mampu milik akan dibangunkan di seluruh negeri Melaka bagi tempoh lima tahun akan datang sehingga 2025,” katanya.

Tambah Sulaiman, daripada jumlah itu, sebanyak 32,616 buah rumah mampu milik dibangunkan oleh agensi kerajaan negeri dan pemaju swasta.

Jelasnya, sehingga suku pertama 2022, Melaka hanya merekodkan sebanyak 630 unit kediaman tidak terjual bernilai RM245.47 juta, berbanding jumlah keseluruhan 35,592 unit di seluruh negara. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya