SHAH ALAM: Pembinaan stadium bersaiz sederhana bagi memuatkan 40,000 hingga 50,000 penonton dilihat lebih praktikal bagi menggantikan Stadium Shah Alam yang kini berkapasiti 80,300 orang pada satu-satu masa. Stadium baharu menggantikan kompleks sukan ikonik itu juga sebagai langkah penjimatan jangka panjang berbanding berterusan perlu menyelenggara fasiliti sedia ada yang masalahnya berulang. Ini kerana, stadium berusia hampir 30 tahun itu didakwa memerlukan ratusan juta ringgit bagi membaiki kerosakan bumbung dan padang yang ditenggelami banjir pada Disember tahun lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd. Najwan Halimi bersetuju, pembinaan stadium…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya