Pusat hiburan tawar GRO diserbu

Pusat hiburan tawar GRO diserbu

ANTARA GRO yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Yew, Petaling Jaya, tengah malam tadi. - FOTO/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Helah licik sebuah pusat hiburan di Jalan Yew, dekat sini, menggunakan khidmat wanita pelayan pelanggan (GRO) sebagai tarikan bagi mengumpan lelaki ‘hidung belang’ terbongkar apabila diserbu polis

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pukul 12.05 tengah malam tadi.

Ketua JSJ Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Manjiji berkata, sebanyak lapan wanita warga Vietnam ditahan dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat hiburan berkenaan.

Kata beliau, turut ditahan iaitu seorang lelaki tempatan yang juga penjaga premis serta 11 lelaki warga Bangladesh yang bekerja di pusat hiburan terbabit. 

“Semua individu yang ditahan berusia antara 26 hingga 58 tahun.

“Selain itu, kami menjalankan pemeriksaan terhadap seramai 85 individu membabitkan 15 pekerja warga tempatan serta 70 pelanggan termasuk empat warga asing dari Hong Kong, Indonesia dan China yang berusia antara 20 hingga 61 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, kata Habibi, modus operandi di pusat hiburan itu adalah menawarkan khidmat GRO dengan bayaran serendah RM100 hingga RM150 kepada pelanggan.

“Malah, pintu premis berkenaan yang dipercayai beroperasi sejak tiga bulan lalu itu sentiasa dikunci bagi mengelak kegiatan itu dikesan pihak berkuasa.

“Semakan dilakukan mendapati pusat hiburan terbabit tidak mempunyai lesen untuk beroperasi. Kami turut merampas resit perniagaan serta peralatan audio dalam operasi itu,” katanya.

Tambah beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1) akta sama, Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (AHWPKL). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya