PETALING JAYA: Kos sampingan seperti caj penyediaan tanah, caj pembangunan, premium tanah dan kos tambahan tinggi yang dikenakan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadi antara faktor harga rumah termasuk yang mampu milik meningkat antara 20 ke 30 peratus. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, kos dikenakan pihak terlibat mempengaruhi kenaikan kos rumah dan menyebabkan pemaju menyerapkannya ke dalam harga pembeli. Katanya, kerajaan negeri dan PBT harus memikirkan langkah penyelesaian terbaik membantu rakyat dengan mengurangkan beban dihadapi pemaju yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya