Proses dapat kamera badan ambil masa

Proses dapat kamera badan ambil masa

PDRM akan memperoleh 7,000 kamera badan tahun depan.- Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proses perolehan mendapatkan kamera badan bagi Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih dalam tindakan.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (Jlog) Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abd. Manan berkata, perolehan berkenaan mengambil masa kerana perlu melalui proses tertentu.

“Perolehan kamera badan telah diluluskan oleh jawatan kuasa teknikal untuk perolehannya.

“Jadi, ada beberapa proses lagi perlu dilakukan untuk mendapatkan peralatan berkenaan,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini, semalam.

Pada Februari lalu, anggota URB dan MPV polis menjadi petugas barisan depan pertama yang akan menggunakan kamera badan dalam tempoh terdekat ini.

Sebelum itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membuat pelaksanaan secara berperingkat bagi pemakaian kamera badan kepada penguat kuasanya dan dijangka selesai bulan ini.

Pemakaian kamera badan itu dikatakan sebagai usaha menangani salah laku dan aktiviti rasuah dalam kalangan pasukan uniform berkenaan dan sudah dilengkapkan dengan lebih 100 pegawai badan tersebut termasuk petugas barisan hadapan seperti di pintu masuk negara.

Pada Mei tahun lalu, PDRM memohon KDN mempercepat penawaran tender perolehan kamera badan, bagi kegunaan anggota polis di lapangan.

Bekas Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya mendapat maklum balas positif daripada KDN berhubung pembelian kira-kira 2,000 unit kamera badan itu.

Perolehan itu melalui proses penilaian oleh Jawatankuasa Teknikal sebelum dipilih oleh Lembaga Perolehan Tender di KDN, bagi mengeluarkan surat setuju terima kepada syarikat yang terpilih.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi melindungi anggota PDRM daripada perbuatan fitnah penjenayah atau orang tidak bertanggungjawab, kerajaan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi tujuan pembelian kamera badan untuk kegunaan anggota polis. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya